Friday, September 3, 2010

Poligami... Tidur Bersama

SUMBER


Salam, saya ingin menanyakan soalan pada ustaz perihal poligami. Saya mempunyai 2 orang isteri dan kami tinggal serumah. soalan saya:

1.soal giliran..adakah jimak termasuk di dalam giliran?
2.apa hukum suami tidur dengan isteri-isterinya bersama.
3.apa hukum jika suami berjimak dengan isteri-isterinya serentak?
4. dimanakah saya boleh mendapatkan ilmu perihal poligami.

fendi,
ulu langat.

.........................
w.salam
 
1. Jimak tidak termasuk dalam giliran. Yang dikira sebagai giliran ialah kehadiran suami disamping isterinya sahaja.
2.  Harus tidor bersama dengan syarat kedua2 isteri tidak menampakkan aurat masing2.
3.  Haram dengan sepakat ulamak dengan sebab haram isteri melihat atau membuka auratnya dihadapan isteri yang seorang lagi. Yang harus memandang auratnya hanyalah suaminya sahaja.
4.  Ada banyak buku2 di pasaran yang menerangkan perkara ini. boleh juga dapatkan kaset ata VCD ceramah tentang adab2 poligami seperti VCD Ustaz Ismail kamus, Ustaz Shamsuri dan lain2.
wallahua'lam 

No comments: